29 Sep 2011

Curly Bird

Hari ini, mari kita pelajari cara-cara membuat burung dari gulungan kertas. Mungkin ada yang belum pernah terfikir nak buat kraf burung dari gulungan kertas ini. Cikgu akan ajar bagaimana cara menghasilkan kraf yang kreatif ini.


Bahan-bahan

1. Kertas berwarna (kertas tebal sedikit)
2. Gunting
3. Gam
4. Penyepit baju

Arahan
1. Pertama, gunakan panduan ini untuk mengukur dan memotong jalur
    Badan = 5 jalur (1 inci lebar)
    Jalur Pertama - 3 inci panjang
    Jalur Kedua   - 4 inci panjang
    Jalur Ketiga   - 5 inci panjang
    Jalur Keempat - 6 inci panjang
    Jalur Kelima  - 7 inci panjang

    Kepala = 2 jalur (1 inci lebar)
    Jalur Pertama  - 2  1/2 inci panjang
    Jalur Kedua    - 3  1/2 inci panjang

    Ekor = 5 jalur (1 1/2 inci lebar)
    Jalur Pertama - 2 inci lebar
    Jalur Kedua   - 3 inci panjang
    Jalur Ketiga   - 4 inci panjang
    Jalur Keempat - 5 inci panjang
    Jalur Kelima  - 6 inci panjang

    Paruh = 1 jalur (1-2 inci lebar)
    Mata = 1 jalur (1-1 1/2 inci lebar)

2. Gulungkan jalur tadi kepada bentuk bulatan. (buat seperti gulungan reben). Tindihkan gulungan itu kepada
    4 tingkat dan gamkan gulungan itu supaya tidak terbuka.

3. Gamkan keempat-empat gulungan itu dan sepitkan dengan penyepit baju supaya gam dilekat dengan kuat.  Lakukan perkara yang sama dengan jalur kepala. Kemudian, gamkan kepala bersama badan.

4. Trimkan jalur ekor kepada segitiga yang panjang, kemudian gulungkan mereka sedikit sebelum gamkan mereka bersama-sama. Gam ekor kepada badan.

5.  Untuk paruh pula, lipatkan kertas kepada bentuk segiempat. Kemudian, potong di hujung sudut menjadi bentuk segitiga. Kemudian, lipatkan hujung kertas dan gamkan dengan kepala burung.
6. Terakhir sekali ialah, gulungkan kertas untuk mata dengan pencungkil gigi supaya gulungan kertas menjadi kecil. Lekatkan di dalam gulungan di bahagian kepala.

tadaaa....!!

 Hasil kerja Cikgu Mahani sebelum Pengajaran & Pembelajaran bermula

 
 Hasil kerja murid yang sangat kreatif..dilengkapi dengan tapak..

28 Sep 2011

Pelajaran Pertama

Membuat Kraftangan
(Tembikar)
Cara-cara menghasilkan tembikar comel.
1. Gunakan tanah liat atau plastesin pelbagai warna.
2. Kemudian, ulikan plastesin itu menjadi panjang.
3. Gulungkan plastesin itu mengikut bentuk yang diingini.
4. Hiaskan tembikar dengan bentuk-bentuk yang menarik.



Nak buat tembikar, kenalah alas lantai tu.


tembikar comel ini telah dihasilkan oleh murid saya dengan cantik.

taddaaaa....tembikar pelbagai bentuk.

Selamat mencuba!

Pengenalan..

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia!

Untuk pengenalan, saya Mahani binti Abdul Mutalib. Saya adalah seorang guru Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Melaka. Saya mengajar mata pelajaran Pendidkan Seni Visual. Jadi, saya ciptakan blog ini untuk sama-sama kita kongsikan ilmu tentang mata pelajaran ini.

Terima kasih!